Monday, September 29, 2008

Ucapan Hari Raya dari Staf Makan2 Cafe



p/s: Sesetengah video gelap, sori!!!

Wednesday, September 24, 2008

Raya


Bagi pihak pengurusan dan warga kerja Makan2 Cafe, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Kepada yang tidak dapat pulang dan terpaksa beraya di perantauan, diharap jangan bersedih di pagi raya. Dengar-dengarkanlah lagu berjudul Dari Jauh Kupohon Maaf nyanyian Allahyarham Sudirman sebagai pegubat duka (atau mungkin penambah sedih sebenarnya).

SMS lah sesama kita. Apalah guna iPhone baru kalau tidak digunakan sepenuhnya di hari raya kelak tiba.

Maaf Zahir dan Batin.

Friday, August 22, 2008

Monday, August 11, 2008

Sunday, August 3, 2008

Wednesday, July 30, 2008

Award dan Kesimpulannya

Segala jenis award telahpun dianugerahkan. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua para pemenang yang sememangnya layak dinobatkan. Kepada mereka yang tidak bernasib baik, diharap dapat bersabar, kerana sudah pasti masanya kan tiba juga.

Maka, beberapa justifikasi telahpun dibuat, hasil dari award-award ini, yang mana dapatlah disimpulkan di sini bahawa untuk bergelar staff yang hebat lantas memenangi award (yang tidak terhad nominasi calonnya), seseorang staff di Makan2 Cafe itu perlu :-

1. Faham akan kepentingan serta konsekuensi dalam mengeluarkan kata-kata kesat/lucah, sesuai dengan masa dan keadaan serta tempat, walaupun secara membabi-buta dan entah pada siapa-siapa entah.

2. Sentiasa dalam keadaan bersedia dalam mendengar atau sebenarnya "terdengar" apa jua bentuk kata-kata kesat serta berbaur lucah.



3. Sentiasa berhati terbuka dalam menerima apa jua gossip, samada benar atau “memang sungguh benar sekali”.

4. Sedar dan selagi boleh cuba menerima baik segala penolakan ‘friendly’ dari rakan sekerja. Jawapan "OK!" dengan melakar senyuman manis mungkin satu reaksi yang terbaik boleh dipraktikkan.

5. Sentiasa membuka talian telefon bimbit untuk menerima SMS cerita sensasi panas dan terkini tetapi apa yang paling penting ialah kesalahan-kesalahan yang dikhuatiri ada dilakukan khususnya selepas tamat shift semalam.

6. Bersedia menjawab segala bentuk pesanan “off-menu” dari customer yang rata-ratanya sering menganggap tukang masak ialah ibu atau bapa angkatnya.

7. Tahu bagaimana cara terbaik untuk “cover-line” kerana tidak akan wujud istilah itu sekiranya segala “cover-line” yang dibuat tidak diketahui umum.


8. Sedaya upaya mengelakkan diri dari bercinta sesama staff, kerana peratusan hubungan tidak akan kekal lama adalah amat tinggi. Sejarah sudah membuktikannya.

9. Sedar dan memahami sepenuhnya akan fungsi toilet.

10. Tahu dan lebih sensitif akan di mana kedudukan atau posisi CCTV.